fbpx

Jenazah Ali Hamsa dibawa pulang Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Ali Hamsa

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia dari Dublin, Ireland untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini, Isnin ini.

Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ke-13 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3 pagi hari berkenaan.

“Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula pukul 8 hingga 9.45 pagi.

“Jenazah dijadual akan disolatkan pada pukul 10 pagi di dewan solat utama sebelum dikebumikan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Tambah kenyataan itu, pelawat-pelawat yang ingin memberi penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan tiba di dewan tersebut bermula pukul 8 sehingga 9.45 pagi.

“Ia adalah sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada pukul 10.15 pagi untuk dikebumikan,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 21 April lalu melaporkan tentang pemergian Allahyarham ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Dublin, Ireland.

Allahyarham dilahirkan pada 29 Ogos 1955 di Kluang, Johor dan telah berkhidmat sebagai KSN dari Jun 2012 sehingga Ogos 2018.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI