fbpx

Premis hiburan diserbu, penjaga ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaga warga tempatan dan beberapa barangan yang dirampas dalam serbuan terbabit.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis hiburan di sekitar Jalan Tun Sambanthan di sini diserbu awal pagi tadi selepas disyaki menjalankan perniagaan dengan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan tersebut turut berjaya menahan seorang penjaga premis warga tempatan berusia 39 tahun.

“Menerusi serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas lapan pelanggan lelaki dan dua pekerja wanita warga tempatan.

“Kita juga telah membuat rampasan seperti mixer berjenama, sebuah komputer riba, mikrofon dan dua keping resit perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan lesen perniagaan kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan disarankan menyalurkan maklumat tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak Polis memandang serius ke atas sebarang aktiviti pusat hiburan yang menyalahi undang-undang. Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI