fbpx

Zul Ariffin mengaku Gayatri wanita ‘istimewa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN mengakui sudah menganggap Gayatri sebagai keluarganya sendiri.

PETALING JAYA – Selepas mengejutkan ramai dengan hadiah sebuah kereta mewah kepada Gayatri Su-Lin Pillai, pelakon sensasi Zul Ariffin akhirnya membuka mulut dan mengaku bahawa penerbit juga bekas kekasihnya itu adalah seorang wanita yang cukup istimewa dalam hidupnya.

Akui hero J Revolusi itu, setelah 10 tahun mengenali antara satu sama lain, Gayatri atau mesra disapa Gaya sudah dianggap seumpama keluarganya sendiri.

“Saya sudah anggap dia (Gaya) umpama keluarga sendiri. Gaya memang istimewa bagi saya. Kami sudah lebih 10 tahun mengenali antara satu sama lain.

“Pemberian hadiah (kereta) memang itu salah satu tanda saya sayangkan dia,” kata Zul ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, semalam.

Ujar pelakon berusia 36 tahun itu lagi, dia sudah lama merancang untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada Gaya. Dia juga sengaja memilih jenis kenderaan Range Rover yang sememangnya digemari penerbit itu sebagai hadiah kali ini.

ZUL ARIFFIN mengakui sudah lebih 10 tahun mengenali Gayatri.

“Sudah lama saya fikirkan untuk memberi hadiah kereta kepada Gaya. Tidak ada apa-apa maksud pun. Saya memang nak beri hadiah kepadanya. Lagi pun, saya rasa kereta itu (Range Rover) sesuai dengannya dan dia pun suka dengan kereta itu.

“Siapa yang tidak suka kereta sebegitukan? Saya yakin 90 peratus orang akan cakap suka,” katanya.

Menyentuh tentang nombor plat kereta yang dianggap sangat istimewa oleh netizen, Zul berkata plat yang tertera huruf ‘SYG’ beserta empat nombor itu dianggap comel, sama seperti apa yang difikirkan netizen.

“Saya rasa comel (nombor plat) dan dia pun rasa benda yang sama. Jadi saya ikut sajalah. Tak salah pun sesekali beri hadiah istimewa. Bukan selalu pun.

“Saya tunggu hadiah apa untuk saya nanti. Sedangkan hadiah untuk diri sendiri pun masih tertangguh,” jelasnya.

Menyentuh tentang perkembangan drama Perempuan Itu yang terpaksa ditangguhkan tayangannya, Zul berkata dia tidak tahu apa-apa tentang status drama tersebut yang sepatutnya ditayangkan ketika Ramadan.

“Saya tidak tahu nak cakap apa. Lagi pun saya sudah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil keterangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zul memberitahu dia akan berangkat ke Udine, Itali pada 26 April ini untuk menghadiri  Udine Far East Film Festival 2022.

“Filem saya bersama Khabir Bhatia bertajuk Talbis Iblis akan bertanding di sana. Balik ke Malaysia pun dah hampir nak raya. Silap-silap saya mungkin beraya di sana (Itali),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI