fbpx

Janda, guru rugi RM 1.58 juta diperdaya macau scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kes penipuan macau atau macau scam di negeri terus meningkat dengan dua wanita iaitu pesara dan guru menjadi mangsa terbaharu membabitkan kerugian berjumlah RM1.58 juta pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, dalam kes melibatkan mangsa berusia 77 tahun, warga emas itu menerima panggilan daripada staf Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperkenalkan diri sebagai Noraini Tan Abdullah.

“Mangsa diberitahu mempunyai tunggakan cukai syarikat atas namanya berjumlah RM18,336. Mangsa menafikan perkara itu sebelum talian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Suspek menakutkan mangsa dengan waran tangkap kerana syarikat itu terlibat aktiviti pengubahan wang haram. Mangsa menangis dan mengikut arahan ahli sindiket dengan memberikan butiran sembilan akaun bank termasuk milik anaknya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mangsa turut memindahkan wang RM727,774 ke dalam dua akaun lain. Wanita itu juga menerima mesej terdapat pemindahan wang berjumlah RM 1,174,589 ke dalam akaun enam individu lain

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada anaknya sebelum menyedari dia ditipu oleh sindiket macau scam.

Dalam kes berasingan, seorang guru berusia 39 tahun di Nilai dekat sini yang sudah berkahwin rugi RM394,358 ditipu sindiket sama selepas dihubungi suspek yang mendakwa pegawai LHDN.

“Talian disambungkan kepada polis dan mangsa didakwa mempunyai kes berkaitan penyeludupan dadah serta cuba bersekongkol dengan penjenayah yang terbabit kes pengubahan wang haram,” katanya.

Mangsa menyerahkan wang sebelum menyedari dia menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI