fbpx

Lebur RM2,500 masuk negara secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mereka membayar antara RM1,600 hingga RM2,500 kepada ejen.

KUALA LANGAT – Cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini dengan membayar sehingga RM2,500 kepada ejen nyata sia-sia apabila dicekup sekitar Long Beach, Morib, semalam.

Kesemua PATI termasuk tujuh wanita berusia 15 hingga 37 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 3 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, semasa tangkapan dilakukan dipercayai mereka sedang menunggu e-hailing dan diambil oleh individu tertentu.

Katanya, PATI itu ditangkap di tiga tempat berasingan iaitu jalan besar, kawasan paya bakau dan pesisir pantai Long Beach.

“Siasatan awal mendapati mereka yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri itu baharu sahaja tiba di negara ini.

“Mereka membayar antara RM1,600 hingga RM2,500 kepada ejen bagi memasuki negara ini secara haram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, Morib sebelum ini adalah antara lokasi hot spot bagi penyeludupan migran di kalangan sindiket.

Jelas Rizal, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI