BANDAR BAHARU – Polis masih memburu 88 lagi tahanan Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini kelmarin
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memberitahu, mereka terdiri daripada 71 lelaki dan sembilan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan tujuh perempuan.
Katanya, seramai 440 tahanan telah berjaya ditahan sehingga pukul 12 tengah hari tadi.
“Mereka terdiri daripada 223 lelaki dan 88 wanita dewasa serta 68 kanak-kanak lelaki dan 61 perempuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE