fbpx

Sotong gergasi 3 meter ditemui di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sotong ini ditemui hidup di pesisir pantai di Jepun. - mainichi.jp

TOKYO – Penemuan seekor sotong gergasi sepanjang tiga meter yang masih hidup di pesisir pantai di Jepun mengejutkan penduduk tempatan, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Haiwan itu ditemui terdampar di Pantai Ugu, Obama, dalam wilayah Fukui  pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

“Adalah peristiwa luar biasa untuk sotong gergasi dihanyutkan ke daratan hidup-hidup,” kata seorang pegawai Perbandaraan Obama.

Menurut  media tempatan, sotong gergasi itu akan ditempatkan di Akuarium Echizen Matsushima di bandar Sakai, wilayah Fukui.

Sotong gergasi boleh membesar sehingga panjang 13 meter panjang dan saiznya yang besar dianggap memberi inspirasi kepada kepercayaan tentang kewujudan kraken iaitu raksasa laut berbentuk sotong dalam mitos zaman dahulu.

Sotong gergasi dipercayai sangat pemalu dan tidak pernah dirakam secara  hidup-hidup sebelum 2002. Gambar haiwan marin itu dirakam buat kali pertama pada 2006. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI