fbpx

Sorakan penyokong ganggu tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONIKI (kiri) mengakui tidak menyangka skuad JDT mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan anak-anak buahnya pada aksi ACL di Stadium Ibrahim. – RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui sorakan dan ‘ngauman’ pemain ke-12 Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menggamatkan suasana di Stadium Sultan Ibrahim mengganggu rentak permainan anak-anak buahnya.

Menurut Oniki, skuad kendalian Benjamin Mora tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengekang kemaraan jentera serangan yang diperkuatkan tiga pemain Brazil iaitu Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt untuk mencipta jaringan.

Jelasnya, situasi tentu berbeza jika juara Liga 1 Jepun itu mampu menyempurnakan salah satu peluang gol pada babak pertama sebelum pemain JDT lebih banyak bertahan di babak kedua.

“Kami ada peluang cipta jaringan di babak pertama, tetapi tidak ada satu yang berjaya. Setelah aksi makin berakshir, usaha kami memburu gol kian malap.

“Sudah tentu misi kami memburu tiga mata, namun bermain dengan tekanan sorakan penyokong di stadium sedikit merencatkan rentak permainan dan mengganggu konsentrasi pemain. Sudah lama kami tidak beraksi dalam suasana seperti ini, harap ini dapat diatasi pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Pada aksi itu, Leandro dan Barbosa masing-masing gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk mencipta jaringan, sekali gus menyaksikan kelab Jepun itu tidak berdaya memintas JDT dalam Kumpulan I.

Tambah Oniki, dia tidak me­nyangka bahawa wakil tunggal dari Malaysia mempunyai kua­liti dan mampu bersaing dengan anak buahnya selain bermain dengan cukup teratur walaupun diasak berkali-kali.

“Setiap pemain mereka memberikan aksi terbaik dan kental, memberi kesukaran kepada kami. Untuk itu, kami perlu me­ningkatkan rentak permainan mengikut acuan taktikal dan cara kami, harapnya ia membantu kami beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Ditanya mengenai pemain import Thailand, Chanathip Songkrasin yang tidak disenaraikan, Oniki memberitahu, pemain itu terpaksa direhatkan setelah ­beraksi 90 minit ketika membantu pasukan membelasah Guangzhou FC 8-0, Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI