fbpx

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke bazar Ramadan Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong, Raja Permaisuri memilih juadah di bazar Ramadan.

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah yang berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit di sini, hari ini.

Baginda berdua berangkat ke bazar pada pukul 4.40 petang bersama-sama anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut kenamaan utama negeri yang diketuai Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd. Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan barisan Exco kerajaan negeri.

Dalam kunjungan kira-kira satu jam itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar berkenaan.

Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam bersama rakyat di masjid negeri Masjid Al-Azim hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI