fbpx

Dua dalang rusuhan depot tahanan imigresen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan (dua dari kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar (kiri) menunjukkan gambar empat dalang rusuhan Rohingya di Depot Imigresen Sementara Relau.

BANDAR BAHARU – Polis berjaya menahan dua lelaki Rohingnya yang dipercayai menjadi dalang rusuhan seterusnya menyebabkan 528 tahanan lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan di kawasan pencarian di daerah ini semalam.

“Dua suspek itu ialah Nur Karim Shir berusia 34 tahun dipercayai suspek utama dan kedua ialah Mohamed Ali, 30,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Tok Non di sini hari ini.

Kata beliau, dua lagi dalang dikenali sebagai Muhammad Salim Nur Amin, 21, dan Mohd. Yunus, 44, masih bebas dan kini sedang diburu.

“Siasatan dilakukan kerana merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Beliau pada sama meminta orang ramai agar tidak melindungi tahanan yang masih bebas.

“Kita percaya seramai 88 tahanan termasuk lapan kanak-kanak yang masih bebas ini dalam kelaparan.

“Mereka akan masuk ke kawasan perumahan, jadi saya minta supaya penduduk tidak membantu mereka sebaliknya melaporkan terus kepada pihak polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI