JOHOR BAHRU – Kereta klon sukar dikesan berikutan keadaan fizikalnya selain nombor pendaftaran adalah sama dengan kenderaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, untuk mengesan sesebuah kereta klon, semakan terperinci mengenai butiran rekod kenderaan perlu dilakukan dengan teliti. Menurutnya, pada kebiasaannya, penggunaan kenderaan klon terbongkar apabila pemilik kereta sebenar membuat aduan kepada pihak berkuasa. “Sebagai contoh, apabila notis saman sampai ke tangan pemilik kereta sebenar sedangkan mereka tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya