fbpx

Penggodam rakyat Malaysia didakwa di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima gambar warga China yang disiarkan FBI.

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pertuduhan ke atas lima warga China dan dua rakyat Malaysia kerana mengendalikan operasi penggodaman sekurang-kurangnya sejak enam tahun lalu.

Aktiviti godam itu dilakukan bagi mencuri identiti dan teknologi permainan video, meletakkan perisian peras ugut serta mengintip aktivis Hong Kong.

Tiga warga China itu bero­perasi dari Chengdu 404, sebuah syarikat berpusat di Sichuan yang menawarkan perkhidmatan keselamatan rangkaian kompu­ter untuk perniagaan.

Mereka menggodam kompu­ter milik beratus-ratus syarikat dan penganjur di seluruh dunia bagi mengumpulkan identiti dan merampas sistem komputer untuk memeras ugut wang tebusan.

Mereka juga didakwa menggunakan ribuan komputer secara kawalan jauh bagi melombong mata wang kripto seperti Bitcoin.

Dua warga China yang pernah bekerja untuk Chengdu 404 dan dua warga Malaysia itu didakwa menggodam syarikat pembuat permainan video untuk mencuri rahsia dan ‘artifak permainan’ sebelum menjualnya semula.

Mereka dikenali pakar ke­selamatan siber sebagai pertubuhan penggodaman APT41.

Mengikut pertuduhan, seorang penggodam Chengdu 404, Jiang Lizhi pernah bercakap besar kepada rakan sekerjanya pada 2012 bahawa dia dilindungi Kementerian Keselamatan Negara China.

Ketujuh-tujuh penggodam itu berdepan pertuduhan termasuk mencuri identiti, pengubahan wang haram dan melakukan penipuan menerusi komputer.

Lima penggodam warga China masih bebas manakala dua rak­yat Malaysia iaitu Wong Ong Hua dan Ling Yang Ching ditahan pada Isnin lalu di Sitiawan, Perak.

Dua warga Malaysia itu adalah pemilik Sea Gamer Mall, laman web menjual mata wang kripto untuk permainan online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI