fbpx

Arsenal janjikan pertempuran hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berada pada tahap terbaik ketika ini selepas merakam kemenangan bergaya 4-2 ke atas Chelsea baru-baru ini. – ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap penyokong pasukan itu mampu menjadi pemain ke-12 menjelang pertembungan hangat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United di Stadium Emirates malam ini.

The Gunners pastinya mahu meneruskan rentak kemena­ngan selepas berjaya mengejutkan Chelsea di Stamford Bridge de­ngan kemenangan 4-2 ke atas juara dunia itu baru-baru ini.

Barisan pemain pasukan itu juga dikatakan bersemangat tinggi untuk terus mengecewakan United yang baru berjaya mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan terakhir.

Justeru, Arteta mengharapkan aksi di laman sendiri mampu memberi kelebihan buat mereka dalam misi menamatkan saingan di kelompok empat teratas liga agar layak ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya tidak mahu membuang masa dan sekarang hanya fikir mengenai pertemuan menentang Manchester United. Kemenangan ke atas Chelsea
sudah berlalu dan barisan pemain tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan itu.

“Sekarang adalah masa untuk bersiap sedia dari segi mental. Kami juga perlukan semua penyokong untuk menjadikan Emi­rates sebagai medan perang buat Manchester United,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.

Tambah beliau, pemain-pemain Arsenal perlu menampilkan aksi terbaik pada perlawanan malam ini bagi membayar ‘hutang’ kepada para penyokong setia pasukan itu disebabkan aksi kurang memberangsangkan dalam aksi-aksi terdahulu.

“Saya tahu mereka (penyokong) sangat kecewa dengan beberapa keputusan sebelum ini, jadi sangat penting untuk kami pastikan mereka terus gembira. Apa yang pasti, mereka sentiasa berada di belakang pasukan,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI