fbpx

Ten Hag janji pulih reputasi United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG akan memulakan tugasnya sebagai pengurus baharu United apabila tamat saingan musim ini dengan kontrak selama tiga tahun sehingga Jun 2025. – AFP

MANCHESTER – Era baharu Manchester United akan bermula musim depan selepas The Red Devils mengesahkan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu pasukan itu bermula 1 Jun depan sehingga Jun 2025.

Difahamkan, pengendali dari Belanda itu sudah menandata­ngani kontrak tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun yang dianggarkan bernilai £9 juta (RM50.34 juta) setahun.

Pengarah Bola Sepak United, John Murtough berkata, Ten Hag, 52, merupakan pilihan tepat berdasarkan kemampuan serta kredibiliti beliau yang telah terbukti ketika mengemudi Ajax selama empat tahun.

“Ketika membimbing Ajax selama empat tahun, Erik (Ten Hag) sudah membuktikan kemampuannya sebagai salah seorang jurulatih yang berjaya serta menawarkan corak permainan menghiburkan.

“Dalam perbincangan yang dibuat sebelum ini, kami sangat tertarik dengan visi jangka panjang beliau dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Uni­ted.

“Disebabkan itu, kami sangat yakin de­ngan kemampuan beliau untuk memulihkan semula reputasi United,” katanya.

Sementara itu, Ten Hag me­nyatakan rasa bangga selepas dilantik sebagai pengendali United dan sudah tidak sabar untuk memulakan tugasnya membawa The Red Devils kembali ke landasan sebenar.

“Satu penghormatan yang cukup besar apabila dilantik sebagai pengurus Manchester Uni­ted kerana saya tahu, sejarah serta kejayaan yang dimiliki mereka. Saya sedia untuk membawa pasukan ini kembali mengecapi zaman gemilang.

“Agak sedih dan sukar untuk meninggalkan Ajax selepas mengharungi tempoh yang cukup cemerlang. Saya akan te­rus berikan komitmen sepenuhnya kepada Ajax sebelum melengkapkan perpindahan ke United nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI