fbpx

Conte teruja kembali bertemu Eriksen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (tengah) pernah menjadi ketua jurulatih kepada Eriksen (kiri) ketika kedua-duanya bersama Inter Milan musim lalui. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte tidak sabar untuk melakukan reunion dengan bekas anak buahnya, Christian Eriksen menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di Stadium Komuniti Brentford tengah malam ini.

Ia bakal menjadi pertemuan sentimental buat dua individu itu kerana Conte adalah jurulatih yang bertanggungjawab membawa masuk Eriksen menyertainya di Inter Milan daripada Spurs pada Januari 2020.

“Saya cukup gembira untuk melihat Eriksen kembali bermain bola sepak. Jun tahun lalu adalah detik yang mengerikan buat semua orang disebabkan insiden yang menimpa dirinya.

“Ini bakal menjadi sesuatu momen mengujakan buat kami berdua. Saya gembira dapat melihat dia kembali menikmati permainan ini kerana saya tahu bola sepak juga adalah satu kehidupan.

“Memiliki peluang seperti ini nyata cukup bagus buat dia dan keluarganya kerana mereka sekarang sudah boleh kembali menjalani kehidupan normal seperti semua orang,” kata Conte.

Bintang antarabangsa Denmark itu juga tanpa berselindung mengakui teruja untuk berdepan Conte dan bekas majikannya buat kali pertama kerana Spurs adalah kelab yang melonjakkan namanya dalam dunia bola sepak.

Eriksen ketika ini dilihat berada pada momentum terbaik apabila berjaya membantu Brentford mencatat tiga kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Chelsea, West Ham United dan Watford.

Situasi itu sudah tentu membimbangkan Spurs yang tidak rela keciciran mata dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas untuk layak ke Liga juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI