fbpx

Vladimir Putin larang anak perempuan tinggalkan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANG Ukraine melenyapkan impian Dr. Vorontsova untuk membina sebuah hospital paling canggih di bandar St. Petersburg. - TV channel Doctor

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin melarang anak perempuan sulungnya, Dr. Maria Vorontsova meninggalkan Russia kerana bimbang dia mungkin tidak akan kembali lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dr. Vorontsova yang dilahirkan ketika Putin masih menjadi ejen di agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, dilaporkan merancang untuk menyambut hari jadinya yang ke-37 di sebuah pantai beriklim tropika. 

Menurut saluran berita Telegram, General SVR, apabila dia memohon kebenaran untuk meninggalkan Russia, Putin menolak permintaan tersebut dengan alasan bimbangkan keselamatan anaknya itu.

“Menurut maklumat kami yang belum disahkan, anak perempuan sulung Presiden (Putin) tidak bercadang untuk kembali ke Russia,’’ jelas saluran itu.

Dr. Vorontsova mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Jorit Faassen dari Belanda. Faassen merupakan anak lelaki kepada seorang pegawai kanan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Wanita itu dilaporkan merancang percutian bersama pasangan baharunya, Yevgeny Nagorny. Lelaki berusia 33 tahun itu pernah menentang kerajaan Putin tetapi sejak menjalinkan hubungan dengan anak Presiden Russia itu, Nagorny telah mengubah pendiriannya. 

Nagorny mendapat pekerjaan dengan gaji mencecah £90,000 (RM504,907) setahun dan sebuah rumah mewah sebagai pertukaran untuk kesetiaannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI