fbpx

Lelaki ‘hilang’ selepas kemalangan didakwa Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Klang.

KLANG – Pejalan kaki warga Myanmar yang tular menghilangkan diri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat di sini, akan didakwa di Mahkamah Klang, Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kertas siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini bagi mendapatkan arahan pendakwaan.

“Selepas dirujuk, TPR mengarahkan pendakwaan ke atas suspek mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pertuduhan ke atas lelaki Myanmar itu akan dilakukan di Mahkamah Klang pada Isnin depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditangkap selepas aksinya melompat ke arah cermin sebuah kereta dan kemudiannya melarikan tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat pada 7 April lalu.

Suspek berjaya dicekup polis di tempat kerjanya di Jalan Shahpadu Rantau Panjang di sini, kira-kira pukul 10 pagi, 15 April lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI