fbpx

Tertuduh kes dera budak pengsan dalam mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnah didakwa mencederakan cucunya di Mahkamah Sesyen George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Suasana di galeri Mahkamah Sesyen di sini bertukar cemas apabila seorang wanita yang menghadapi pertuduhan kes mendera cucunya pengsan ketika berada di dalam kandang tertuduh hari ini.

Tertuduh, Rosnah V. S. Mydin, 48, rebah semasa jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya.

Prosiding di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid itu kemudian bersambung semula kira-kira lima minit kemudian selepas tertuduh kembali stabil.

Rosnah mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga menyebabkan mangsa cedera di Blok H-15-6, Flat Padang Tembak di sini pada waktu siang bulan ini.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah turut mengarahkan wanita itu menyerahkan pasport dan tidak dibenarkan mengganggu saksi perbicaraan kes tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI