fbpx

Polis siap sedia kepulangan perantau ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (depan) membuat rondaan motosikal bersama pasukan peronda di Kampung Kundur, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan kelancaran trafik di sepanjang lebuh raya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menjangkakan orang ramai menggunakan peluang cuti seawal hari Jumaat minggu depan untuk pulang ke kampung.

Katanya, rondaan yang disertai oleh anggota trafik itu juga akan dilakukan secara berterusan pada sebelum, semasa dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kita menumpukan rondaan di laluan utama perantau seperti di Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, Gua Musang – Kuala Krai dan Gua Musang – Lojing – Cameron Highlands.

“Selain melancarkan aliran trafik, rondaan secara berkala melibatkan lapan buah motosikal peronda juga dilakukan di kawasan perumahan bagi mencegah jenayah sepanjang tempoh perayaan,” katanya ketika membuat rondaan bermotosikal di Kampung Kundur di sini hari ini.

Tambah Choon Foo, beliau menyarankan semua perantau agar memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik agar tidak mengalami kerosakan semasa kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI