fbpx

[VIDEO] Radhi OAG mengaku tidak salah cederakan bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radhi OAG tiba di Mahkamah Petaling Jaya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan OAG, Radhi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri di parkir kereta Selasa lalu.

Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat kes keganasan rumah tangga.

Penyanyi berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kota Damansara di sini.

Pada Julai 2019, Radhi bercerai talak satu dengan Nur Shahira Ayu Zahiri di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum mereka berpisah pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan ini, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI