fbpx

Guru rugi lebih RM45,000 selepas diumpan keuntungan RM16,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JEMPOL – Seorang guru kerugian sebanyak RM45,500 selepas termakan umpan ‘scammer’ yang menjanjikan pulangan RM16,000 dalam tempoh masa perdagangan tiga hingga enam jam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 52 tahun yang menetap di salah sebuah taman perumahan di Bandar Seri Jempol sempat ditipu selama tiga hari sebelum tersedar tawaran pelaburan dengan pulangan lumayan berkenaan merupakan skim pelaburan tidak wujud.

Menurutnya, pada 17 April lalu, mangsa ditawarkan pakej-pakej pelaburan dalam masa perdagangan tiga hingga ke enam jam yang akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 selesai tempoh masa perdagangan.

“Mangsa telah memilih Pakej 1, RM1000 dengan pulangan sebanyak RM16000 dalam tempoh masa perdagangan tiga hingga ke enam jam.

“Selepas tiga jam bagi pelaburan pertama itu, mangsa dimaklumkan pelaburan berkenaan telah meningkat dan pulangan berjumlah RM 3,586.20 untuk pengeluaran wang pulangan berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau,  mangsa diarahkan untuk menaiktaraf akaun dengan deposit sebanyak RM10,000 dan dijanjikan pulangan RM25,680.

“Hari yang sama mangsa telah masukkan duit ke akaun bendahari untuk tujuan tersebut dan dalam masa yang sama mangsa dimaklumkan untuk bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM15,000 dan dijanjikan pulangan berjumlah RM40,680.

“Percaya dengan hal ini mangsa membuat kesemua bayaran yang diarahkan dan kemudiannya mangsa dimaklumkan pihak LHDN tidak menerima bayaran tersebut. Mangsa diarahkan sekali lagi untuk membuat bayaran RM15,000 dan dijanjikan bayaran sebanyak RM55,000,”ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Chang Hook, mangsa tersedar telah terpedaya dengan tawaran tersebut apabila diminta untuk membuat International Withdraw Fee (IWF) berjumlah RM27,500 sebelum RM82,500 wang akan dimasukkan ke akaunnya.

“Mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI