fbpx

Syafiq Farhain mengaku dah kahwin, tapi enggan heboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ FARHAIN

PUCHONG – Penyanyi Syafiq Farhain menamatkan dakwaan berkenaan status dirinya yang dikatakan sudah bernikah dengan membuat pengakuan dia sememangnya kini bergelar suami orang.

Syafiq memaklumkan, dia sudah pun berkahwin dengan pengurusnya sendiri di Terengganu ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai perkahwinannya bersama wanita pilihan hatinya itu yang juga merupakan rakan sekolahnya.

“Saya memang dah berkahwin tapi siapa yang tahu, tahulah. Saya tak rahsiakan. Siapa yang tanya, saya akan jawab,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music di Puchong, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengapa dia menyembunyikan berita perkahwinannya, anak kepada penyanyi lagenda Saleem itu memberitahu, tidak keperluan untuk dia menjaja kehidupan peribadi kepada umum.

“Secara jujurnya saya tak fikir mengenai populariti merudum tetapi sedikit sebanyak perkara itu memberikan kesan kepada kerjaya.

“Saya sebenarnya merancang untuk mengumumkan perkahwinan saya dalam satu majlis namun nampaknya tidak berjaya,” katanya.

Tambah penyanyi asal Terengganu itu, dia dan isterinya mula berkawan sejak dia belum bergelar artis lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI