fbpx

Haji: Sedia rayu ihsan Saudi tambah kuota rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program Semarak Kasih Ramadan Bersama Komuniti Disayangi di Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Malaysia akan cuba merayu kepada kerajaan Arab Saudi agar kuota rasmi haji untuk negara ini yang diberi berjumlah hanya 14,306 jemaah akan dapat ditambah lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan berbuat demikian secepat mungkin melalui saluran Kedutaan Malaysia di Riyadh.

“Insya-Allah kita (kerajaan) akan cuba membuat rayuan namun jaminan untuk dapat jumlah tambahan belum tentu lagi,” katanya kepada media pada satu program iftar di sini hari ini.

Turut hadir pada program Semarak Kasih Ramadan Bersama Komuniti Disayangi itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Seramai 100 orang turut menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan beliau daripada tajaan pelbagai syarikat korporat tempatan dan rakan strategik agensi tersebut.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pertambahan kuota rasmi itu bagaimanapun tertakluk jika ada lagi kekosongan yang mungkin tidak dapat diisi oleh sesetengah negara atas pelbagai faktor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI