fbpx

SPRM siasat dakwaan pegawai berlaku kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai pegawai SPRM besemuka dengan beberapa individu yang hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membuat laporan kesalahan rasuah.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan kekasaran melibatkan pegawainya dan akan membuat siasatan lanjut berhubung insiden yang berlaku di ibu pejabat suruhanjaya itu pagi tadi.

Suruhanjaya itu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seramai tujuh individu daripada sebuah kumpulan yang hadir untuk membuat laporan kesalahan rasuah telah masuk secara berdua-dua ke pekarangan Ibu Pejabat SPRM sehingga ke pintu utama bangunan.

“Individu-individu tersebut juga tidak mematuhi peraturan Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) kerana merakam video ketika berada di pekarangan dan dalam bangunan SPRM

“Berdasarkan peraturan KLTL yang diwartakan terhadap bangunan tersebut, Bahagian Keselamatan SPRM hanya membenarkan tiga wakil pihak luar untuk masuk ke pekarangan dan dalam bangunan SPRM bagi bertemu pegawai bertugas bagi membuat aduan.

“Rakaman video dan kamera juga tidak dibenarkan dalam KLTL tersebut tanpa kebenaran pihak Pengurusan Tertinggi SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, SPRM memandang serius insiden tersebut dan akan membuat siasatan lanjut. Sekiranya didapati berlakunya salah laku, Suruhanjaya ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” tegasnya.

Sementara itu, SPRM juga mengesahkan sudah menerima maklumat daripada ahli Parti Sosialis Malaysia, Dr. Jeyakumar Devaraj yang membabitkan dakwaan isu penyelewengan dalam urusan tanah kerajaan di Perak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI