fbpx

ESI Hub jadi ‘rumah latihan’ skuad e-Sports negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMED FARIS (kanan) berbincang dengan Ramona (tengah) dan Ahmad Shapawi bagi menjadikan ESI Hub sebagai ‘rumah latihan’ buat skuad e-Sukan kebangsaan.

KETUA Pegawai Eksekutif Esports Intergrated (ESI), Ahmed Faris Amir mengesahkan pihak­nya bersedia untuk menjadikan ESI Hub sebagai ‘rumah latihan’ buat skuad e-Sukan kebangsaan menjelang Sukan Asia 2022 yang berlangsung September depan.

Kata Ahmed Faris, perancangan sedang giat dilakukan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memastikan ESI Hub dapat digunakan oleh barisan atlet e-Sukan negara sebelum ke temasya berprestij Asia itu nanti.

“Pihak kami sememangnya berhasrat menjadikan ESI Hub sebagai gelanggang buat atlet kebangsaan melakukan persiapan sebelum berlepas ke mana-mana temasya sukan antarabangsa bermula dengan Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi bulan depan.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan memandangkan venue ini hanya dilancarkan hari ini, manakala barisan atlet e-Sukan negara sudah berkampung di MSN, Bukit Jalil dan tidak sempat berlatih di sini.

“Cuma, saya berharap atlet-atlet terbabit dengan pihak MSN dapat menggunakan fasiliti di ESI Hub kerana tempat ini boleh memuatkan lebih 200 orang dalam satu-satu masa dengan 13 bilik permainan video selain satu dewan untuk menganjurkan kejohanan,” katanya ketika ditemui semalam.

Ahmed Faris berkata demi­kian ketika melancarkan ESI Hub di Puchong, Petaling Jaya yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd. Razali dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Sementara itu, Ahmed Faris mengesahkan kejohanan pertama yang mungkin dianjurkan di ESI Hub adalah Liga Esports Malaysia yang dijangka berlangsung pada Jun depan.

“Kami turut dalam fasa perbincangan untuk menganjurkan satu kejohanan berskala besar, Liga Esports Malaysia pada Jun atau Julai depan dengan pengesahan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI