fbpx

Jersi ‘Hand of God’ Maradona dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Maradona ketika menjaringkan gol kontroversi ‘Hand of God’ yang menjulang Argentina pada Piala Dunia 1986. - The Telegraph

LONDON – Jersi legenda  bola sepak Argentina, mendiang Diego Maradona yang dipakai ketika dia menjaringkan gol kontroversi ‘Hand of God’ bakal dilelong, demikian menurut akhbar Daily Mail kelmarin.

Pembida kaya berpeluang untuk memiliki jersi Maradona itu yang dipakai semasa kemenangan Argentina menentang England pada Piala Dunia 1986.

Ikon bola sepak yang meninggal dunia pada 2020 itu bertukar jersi  dengan pemain tengah England, Steve Hodge selepas tamat perlawanan, manakala Hodge menyimpan memorabilia itu sejak 35 tahun lalu.

Hodge meletakkan baju itu untuk lelongan oleh firma Sotheby’s dengan bidaan secara online telah pun bermula.

Harga anggaran awal sebanyak £4 juta (RM22 juta) telah dibida oleh seorang pembeli yang berminat tetapi masih ada dua minggu lagi untuk pembida lain mencabar harga tersebut sebelum lelongan berakhir 4 Mei ini.

Hodge berkata,  pemilik baharu jersi Maradona itu akan menjadi orang paling bertuah kerana memiliki baju bola sepak paling ikonik di dunia.

“Saya telah menyimpan jersi ini selama 35 tahun dan kini  tiba masa  untuk saya melepaskannya kepada tuan baharu yang akan lebih menghargai sejarah di sebaliknya,” katanya.

Jersi itu akan dipamerkan di bilik pameran Sotheby’s di Bond Street, London sepanjang  tempoh bidaan bermula dari 20 April hingga 4 Mei ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI