SHAH ALAM – Cef Ammar yang terkenal dengan kelarisan nasi arab di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam di sini berkongsi rezeki dengan 1,037 anak-anak yatim.
Kesemua anak-anak yatim dari 20 buah rumah kebajikan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sumbangan juadah berbuka puasa nasi arab.
Cef Ammar berkata, dia menzahirkan rasa syukur terhadap sokongan orang ramai meskipun terpalit pelbagai kontroversi termasuk harganya sebelum ini.
“Ramai orang bertanya kepada saya berapa jumlah nasi Arab yang telah dijualnya disebabkan barisan yang sentiasa panjang sehingga melebihi 100 meter.
“Jumlah masuk (keuntungan) bukan suatu isu yang perlu dihebohkan. Orang bertanya berapa kita dapat tetapi tidak pernah bertanya berapa yang kita keluarkan (modal),” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan juadah berkenaan hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan. -KOSMO!ONLINE