fbpx

Identiti 6 etnik Rohingya maut dilanggar dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian etnik Rohingya yang meloloskan diri dari depoh tahanan ditahan di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Seberang Perai pada Rabu lalu.

GEORGE TOWN – Polis mengenal pasti identiti mangsa kemalangan maut di Kilometer 165 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Nibong Tebal dekat sini membabitkan etnik Rohingya yang sedang melarikan diri pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dua perempuan berusia 18 dan 14 tahun serta dua lelaki berusia 20 dan 36 tahun.

“Hubungan antara kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan kita masih menunggu laporan daripada Jabatan Imigresen (mengenainya),” katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambahnya, seorang lelaki dan seorang perempuan yang cedera ringan dalam kemalangan itu telah mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis telah mengambil keterangan daripada lelaki berusia 53 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai merempuh mangsa.

“Pihak polis masih menyiasat kejadian kemalangan ini dan kami masih mencari saksi kejadian.

“Setakat ini tidak ada saksi yang tampil mengatakan bahawa kenderaan berkenaan dipandu dengan laju, malah ada penduduk tempatan telah menasihati tahanan berkenaan agar jangan melintas jalan ketika itu,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI