fbpx

Bestari, Siti Khadijah jalin kerjasama dalam Kempen Ramadan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah boleh didapati di seluruh rangkaian butik Siti Khadijah.

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar rangkaian Tepung Goreng Ayam Bestari menjalinkan kerjasama dengan jenama pakaian solat terkenal Siti Khadijah bagi kempen Ramadan 2022, Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah.

Syarikat Bestari dalam satu kenyataan berkata, melalui kerjasama tersebut, kedua-dua jenama itu menawarkan produk masing-masing yang dipek secara eksklusif dan boleh dijadikan hadiah istimewa untuk diberikan kepada insan tersayang sempena Ramadan.

“Ramadan kali ini pastinya lebih istimewa, amalan tarawih dan moreh yang dilengkapi dengan keenakkan sajian Bestari bersama lambang cinta abadi Siti Khadijah.

“Dipek secara ekslusif di dalam kotak yang direka khas di mana mengandungi sepasang telekung Siti Khadijah yang turut ditenun dengan logo Bestari serta empat kotak produk Bestari seperti Pracampuran Serbuk Kari Segera Ayam 75 gram (g), Pracampuran Serbuk Kari Segera Makanan Laut 75g, Tepung Goreng Ayam 150g dan juga Serbuk Campuran Telur Masin Keemasan 150g sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang,” katanya.

Katanya, Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah itu diharapkan bukan sahaja dijadikan sebagai hadiah, malah turut menjadi asbab berkongsi rezeki dan rasa bahagia indahnya Ramadan dan meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta.

“Bingkisan Hati x Siti Khadijah ini boleh didapati di seluruh rangkaian butik Siti Khadijah dengan pembelian mana-mana koleksi telekung berikut – Signature Rumi, Signature Tiara atau Modish Casa (stok adalah terhad),” ujarnya.

Pelanggan boleh melayari laman web www.sitikhadijah.com atau kunjungi butik Siti Khadijah di Seksyen 15, Shah Alam; pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya; Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi; Bandar Baru Uda, Johor Bahru; Busana Mara, Kuala Lumpur; Suria KLCC, Kuala Lumpur; Ipoh, AEON Mall, Kota Bharu dan Kuantan.

Selain itu katanya, Bestari juga melancarkan kempen Bestari x Siti Khadijah bermula 1 April sehingga 31 Mei 2022 yang menawarkan hadiah RM15,000.

“Melalui kempen ini pengguna hanya perlu membuat pembelian produk-produk Bestari dan berpeluang untuk memenangi hadiah daripada Bestari bernilai RM15,000.

“Kempen ini juga menawarkan Hadiah Utama x 10 helai Telekung Siti Khadijah (Modish Cadina), Hadiah Pertama x 40 helai Telekung Siti Khadijah Signature Amica dan Hadiah Saguhati x100 E-wallet Touch n Go bernilai RM50,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI