fbpx

Kemenangan ke-250 Guardiola di Etihad bersama Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY tidak berdepan masalah apabila berjaya meraih tiga mata dengan menewaskan Brighton 3-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa beliau tidak perlu terlalu kerap untuk mengingatkan para pemainnya me­ngenai betapa pentingnya baki saingan musim ini kerana percaya mereka sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Kemenangan 3-0 ke atas Brighton di Etihad awal pagi semalam kembali meletakkan The Citizens di puncak Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 77 mata, namun ketika ini masih terus ditekan hebat oleh Liverpool yang hanya dipisahkan dengan satu mata.

“Untuk menjadi juara, kami perlu memenangi semua baki perlawanan. Tidak perlu untuk saya terlalu kerap memberitahu kepada pemain kerana mereka juga tahu apa yang harus dilalukan setiap kali turun beraksi.

“Kami sedang bersaing de­ngan salah satu pasukan terbaik. Peluang kami kini bergantung kepada faktor keletihan dan kecede­raan,” katanya.

Tiga gol City hadir menerusi Riyad Mahrez, Phil Foden dan Bernardo Silva yang menghadiah­kan kemenangan ke-250 buat Guardiola dalam 344 perlawanan dilaluinya di semua pertandingan bersama pasukan tersebut.

Ia adalah pencapaian terpantas yang mampu dilakukan di saingan tertinggi, namun Guardiola kekal fokus de­ngan apa yang bakal dihadapinya memandangkan City juga sedang dihimpit dengan masalah kecede­raan.

Ketika ini, City berdepan isu kecederaan apabila dua pemain pertahanan mereka, Nathan Ake mengalami masalah buku lali, manakala John Stones pula cedera pada bahagian otot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI