fbpx

Rakyat Ukraine didakwa dihantar ke pulau terpencil Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Sakhalin dikenali sebagai musim sejuknya yang melampau dan bentuk muka bumi yang mencabar. - Miquel Ros

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin didakwa  menghantar lebih 500,000 penduduk Ukraine ke sebuah pulau  terpencil di Russia dan melarang mereka meninggalkan lokasi itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Wakil Kekal Ukraine ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sergiy Kyslytsya, lebih 500,000 rakyat Ukraine termasuk 121,000 kanak-kanak telah  dihantar ke Rusia secara paksaan.

Satu daripada lokasi tersebut adalah sebuah pulau industri yang terasing dikenali sebagai Sakhalin di wilayah timur Russia.

Dikenali kerana musim sejuknya yang melampau dan bentuk muka bumi mencabar, rakyat Ukraine dikatakan tidak dapat meninggalkan pulau tersebut. Mereka dilarang meninggalkan lokasi itu selama dua tahun.

Meskipun menjadi pulau terbesar di Russia, Sakhalin hanya mempunyai populasi seramai 127,000 orang dengan sebilangan besar mereka  bekerja sebagai nelayan atau sektor tenaga pulau tersebut.

Sejurus tiba di Pulau Sakhalin, Putin didakwa berhasrat supaya rakyat Ukraine bekerja dan berasimilasi dengan penduduk setempat untuk menjadi warganegara Rusia. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI