fbpx

Belon udara panas rempuh bumbung bangunan di Australia, 12 penumpang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan belon udara panas yang terbabas di atas bumbung bangunan pangsapuri di Melbourne. - BBC

MELBOURNE – Seramai 12 penumpang belon udara panas di Melbourne, Australia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan apabila ‘pesawat ringan’ itu terbabas dan merempuh bumbung sebuah bangunan pangsapuri.

Menurut Badan Penyiaran Britain (BBC), punca insiden masih dalam siasatan, namun juruterbangnya, Nick Brau berkata bahawa belon udara panas itu baru digunakan.

Seorang penumpang belon udara panas tersebut, Jayde Magookin sempat merakam detik cemas ketika belon itu melantun di atas pokok dan atap rumah semasa kemalangan berlaku.

“Ia satu pengalaman yang menakutkan. Namun, insiden ini tidak akan membuatkan saya takut untuk menaiki belon udara panas pada masa akan datang,” kata Magookin.

Sementara itu, Brau berkata, kemalangan itu adalah yang pertama berlaku sepanjang 27 tahun dia mengendalikan belon udara panas.

“Saya  bersyukur kerana kami semua selamat dan saya tenang sepanjang percubaan untuk menstabilkan belon udara tersebut serta mendaratkannya sebaik mungkin,” jelas Brau.

Siasatan lanjut mengenai punca insiden akan dilakukan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI