fbpx

Alcantara sah jadi milik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA bakal memberi variasi baharu di bahagian tengah Liverpool selepas bersetuju menyertai pasukan itu. – AFP

LIVERPOOL – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Li­verpool bakal mendapat tonik baharu di jentera tengah selepas bersetuju untuk menandata­nga­ni Thiago Alcantara dari kelab Bayern Munich semalam.

Difahamkan, skuad The Reds yang dibimbing oleh Jurgen Klopp itu bersetuju untuk membayar nilai perpindahan seba­nyak £27 juta (RM144.7 juta) kepada kelab gergasi Bundesliga itu.

Kontrak Alcantara yang menjadi nadi di posisi tengah skuad Ba­yern dalam membantu mereka menjulang gelaran trebel terma­suk trofi Liga Juara-Juara Eropah musim lepas akan tamat pada penghujung musim depan.

Kini, Liverpool bersetuju untuk menawarkan kontrak jangka panjang buat pemain antarabangsa Sepanyol berusia 29 tahun itu dalam misi mempertahankan gelaran EPL musim ini.

Bekas pemain Liverpool, Danny Murhphy percaya kehadiran Alcantara bakal memberi dimensi baharu buat Liverpool khusus­nya di jentera tengah yang dilihat kurang kreatif sejak kebelaka­ngan ini.

“Alcantara memiliki bakat luar bia­sa yang mana dia boleh menentukan tempo permainan sama ada ketika menyerang ataupun bertahan. Kehadirannya juga memberikan ketenangan buat po­sisi tengah selain mencipta banyak peluang buat barisan se­rangan Liverpool,” katanya.

Alcantara sebelum ini merupakan bintang yang meraih nama menerusi Akademi La Masia yang dimiliki oleh Barcelona dan membuat keputusan untuk berhijrah ke Bayern pada musim 2013.

Selain Liverpool, khidmat Alcantara sebelum ini telah dirisik oleh beberapa pasukan lain termasuk bekas kelabnya, Barcelona dan Manchester United.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI