Saya terjaga waktu sahur dalam keadaan berjunub. Masa tidak mencukupi, manakah yang lebih afdal, mandi atau makan sahur? Jawapan: Dahulukan makan sahur sebelum habis waktunya kerana makan sahur sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda baginda: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur,” (Riwayat Muslim). Sabda Nabi s.a.w juga: “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sabda Nabi s.a.w lagi: “Bersahurlah walaupun seteguk air,” (Riwayat Ibn Hibban, hadis hasan). Adapun mandi junub,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya