fbpx

Infaq Iftar Bestari x Pasaraya Hwa Thai edar 300 pek juadah berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung gembira dapat menikmati sajian pek Infaq Iftar yang diagih agihkan untuk berbuka puasa.

PETALING JAYA – Sebanyak 300 pek juadah berbuka puasa diedarkan kepada pengunjung Pasaraya Hwa Thai di seluruh negeri Johor sempena program Infaq Iftar Ramadan 2022 anjuran syarikat pengeluar rangkaian jenama terkenal Tepung Goreng Ayam Bestari dan Pasaraya Hwa Thai.

Syarikat Bestari dalam satu kenyataan berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga kerjasama antara dua syarikat itu.

Turut berkongsi rezeki menyumbangkan produk dalam penyediaan masakan dan juga pek juadah adalah daripada jenama rakan industri seperti snek kacang Kow Kow, Rasaku, Planta, MyBizcuit, Aik Cheong dan CED.

“Antara menu istimewa yang disediakan oleh Chef Bestari adalah Ketupat, Rendang Ayam, Sambal Goreng, Fuseli Spagheti Aglio Olio, Ayam Telur Masin dan pelbagai lagi menu di setiap lokasi Pasaraya Hwa Thai setiap minggu bermula 8 sehingga 29 April ini.

“Sambutan daripada pengunjung-pengunjung yang datang membeli-belah di Pasaraya Hwa Thai sangat menggalakkan dan ada antara pengunjung yang sanggup menunggu sehingga juadah sedia diagihkan pada pukul 4 petang bagi menikmati sendiri keenakkan pek juadah Infaq Iftar ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, dengan adanya aktiviti seumpama itu diharapkan dapat mendekati dan mengeratkan lagi ukhwah serta berkongsi rezeki bersama orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI