fbpx

Hajat Bale kembali ke Spurs tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE berpeluang untuk kembali menikmati tempoh beraksi di padang bersama Spurs selepas dia gagal meyakinkan Zinedine Zidane ketika di Santiago Bernebeu. – AFP

LONDON – Selepas melalui detik sukar di dalam karier di Real Mad­rid, bintang Wales, Gereth Bale mungkin mampu menarik nafas lega selepas sah kembali beraksi bersama kelab lamanya, Tottenham Hotspur.

Kedua-dua kelab termasuk pihak pengurusan Bale dilapor­kan sudah mencapai kata sepakat mengenai penghijrahan tersebut di mana pemain itu akan beraksi di London sebagai pemain pinjaman untuk tempoh semusim.

Difahamkan perjanjian ber­kenaan melibatkan nilai £13 juta (RM69.66 juta) dan sebahagian daripada gaji Bale akan dibayar oleh Real.

Spurs dilaporkan akan membuat pengumuman mengenai kejayaan mereka meyakinkan Bale kembali bersama kelab itu dalam tempoh terdekat ini selepas segala urusan berkaitan kontrak selesai.

Bale kembali ke kelab yang berpangkalan di utara London itu selepas tujuh tahun lalu menyertai Real dengan nilai perpindahan £90 juta (RM482.24 juta) yang memecahkan rekod dunia ketika itu.

Pengurus Spurs, Mourinho mengakui bahawa pasukan itu memerlukan khidmat Bale untuk melengkapkan jentera penggempur dalam misi menjadikan me­reka pencabar kejuaraan musim ini.

“Saya cuba mendapatkan Bale ketika bersama Real tetapi ia agak mustahil. Presiden Real juga sependapat dengan saya apabila beliau membawa masuk Bale selepas saya meninggalkan kelab itu,” jelas Mourinho.

Kejayaan Spurs mendapatkan khidmat Bale dikatakan tidak menjejaskan urusan kedua-dua pasukan dalam rundingan untuk mendapatkan seorang lagi pemain Real, Sergio Reguilon yang turut dikaitkan dengan Manchester United.

Reguilon dilaporkan akan menjalani ujian perubatan bersama pasukan itu dan bakal menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Spurs melalui nilai perpindahan sebanyak £27 juta (RM144.67 juta) bagi memantapkan pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI