PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di dua negeri pagi ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengahari nanti.
“Amaran dikeluarkan membabitkan keseluruhan kawasan negeri Johor.
“Manakala, di Negeri Sembilan, keadaan dikatakan hanya tertumpu di kawasan Jempol,” katanya.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE