fbpx

Yamaha sedia jentera terbaik buat Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI hampir menaiki podium pada GP San Marino minggu lalu sebelum dipintas pada pusingan terakhir oleh Mir untuk berpuas hati di kedudukan keempat. – AFP

MISANO – Pengarah pasukan Yamaha, Massimo Meregalli bertekad untuk membantu Va­lentino Rossi menjelang saingan Grand Prix (GP) Emilia Romagna 2020 selepas pelumba Itali itu gagal menaiki podium di GP San Marino minggu lalu.

Pada perlumbaan tersebut, Rossi hampir untuk menaiki podium tempat ketiga, namun pada pusingan terakhir pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir memintas juara dunia MotoGP tujuh kali tersebut.

Ekoran kegagalan tersebut, Meregalli memahami perasaan Rossi dan Yamaha bertekad untuk menyediakan jentera yang lebih sempurna menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

Sehubungan itu, pasukan Yamaha Monster Energy Yamaha tersebut melakukan sesi ujian tertutup terhadap casis, elektronik dan ekzos baharu pada jentera M1 kelmarin.

“Rossi hampir untuk menaiki podium pada minggu lalu, namun dipintas pada pusingan terakhir. Saya akui ia adalah perkara yang mengecewakan bagi seorang pelumba.

“Sudah tentu kami akan lakukan yang terbaik buat Rossi. Pada sesi ujian tertutup di Misano, kami lihat terdapat beberapa peningkatan dan tidak sabar untuk melihat Rossi kembali bersaing di kelompok hadapan nanti,” kata Meregalli .

Sementara itu, Rossi mengakui gembira dengan sesi ujian yang dilakukan Yamaha dan yakin jentera M1 semakin baik untuk memberi tentangan di kelompok hadapan.

“Saya gembira kerana kita mempunyai satu lagi perlumbaan di Misano. Minggu lalu saya hampir dengan podium dan saya yakin kami mampu lakukan sekali lagi.

“Kami menemui sesuatu yang positif yang mungkin dapat membantu kami pada hujung minggu ini,” kata Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI