PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masih kekal sehingga 27 April depan.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.81 seliter, manakala RON95 RM2.05 seliter.
“Bagi diesel pula, katanya, ia kekal pada harga RM2.15 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MOF, pengekalan harga itu dibuat bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE