fbpx

Mi sanggul dihurung lalat, isi kelapa pijak kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mi sanggul yang dijemur tanpa seliaan juga terdedah kepada persekitaran yang kotor termasuk serangga seperti lalat.

SEBERANG PERAI – Jijik dan kotor, mi sanggul ada lalat dan pijak isi kelapa untuk dijadikan kerisik.

Itulah gambaran dua buah kilang daripada 3 premis memproses makanan yang dikompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang semalam.

Pemeriksaan yang dikenali sebagai Ops Tegar telah dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) jabatan itu.

Operasi sama turut disertai oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sebanyak 16 kompaun berjumlah sehingga RM20,000 dikeluarkan terhadap dua buah kilang memproses makanan serta sebuah kedai runcit di sekitar Tasek Gelugor semalam.

Ketua Unit Cawangan Pe­nguat­kuasaan BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, antara kesalahan dalam pemeriksaan itu berkaitan penyimpanan dan penyusunan makanan, struktur bangunan operasi serta kebersihan premis tersebut.

Katanya, ketiga-tiga premis termasuk dua kilang tersebut iaitu kilang memproses mi sanggul dan kilang mempro­ses kelapa masing-masing diberikan notis penutupan operasi selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.

“Hasil pemeriksaan di kilang pertama iaitu kilang mempro­ses mi sanggul didapati terletak dekat ladang khinzir dan mi-mi yang diproses juga dibiarkan berselerak serta bertaburan di atas lantai yang kotor dan dipenuhi lalat.

“Kilang itu pernah diperiksa pada 2012 dan sehingga kini, pemiliknya masih berdegil dan beroperasi tanpa lesen,” katanya kepada pemberita ketika mengetuai operasi tersebut semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir memberitahu, kilang kedua yang diperiksa iaitu kilang memproses kelapa juga telah lama beroperasi tanpa lesen dengan menggaji pekerja-pekerja asing yang tiada suntikan vaksin tifoid.

Katanya, semasa tiba untuk pemeriksaan, pihaknya melihat kelibat seorang pekerja sedang memijak isi kelapa yang telah diproses untuk dijadikan ke­risik.

“Keadaan di kilang itu juga agak kotor dan berbau, kedudukan tandas pekerja pula sebelah longgokan kelapa yang telah dikupas.

“Isi-isi kelapa banyak dijual pasar di seluruh negeri ini sebelum diproses menjadi santan atau kerisik,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI