fbpx

Semua negeri alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi kesemua negeri sehingga pukul 7 petang nanti.

MetMalaysia dalam laporannya di Facebook memaklumkan kesemua kawasan di negeri utara Semenanjung bakal mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

Selain itu, di Kelantan, cuaca buruk tersebut dilihat tertumpu di kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang serta Besut dan Hulu Terengganu, Terengganu.

“Manakala di Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

“Bagi Selangor pula, keadaan hujan lebat ini diramal melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta keseluruhan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir tersebut turut merangkumi daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan.

“Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dilaporkan berlaku di semua bahagian negeri Melaka dan Segamat, Johor petang ini,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu lebih tertumpu sekitar Limbang, Sarawak serta kawasan pendalaman negeri Sabah dan juga keseluruhan bahagian Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI