fbpx

Inter ke final Piala Itali selepas 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER mara ke perlawanan akhir Piala Itali buat kali pertama sejak 11 tahun lalu selepas menewaskan Milan dengan agregat 3-0 di San Siro awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi memuji barisan pemainnya selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Itali menerusi kemenangan de­ngan agregat 3-0 ke atas AC Milan di separuh akhir.

Pada aksi timbal balik yang berlangsung di San Siro awal pagi semalam, Inter mencatat kemenangan 3-0 menerusi dua jari­ngan Lautaro Martinez serta satu gol Robin Gosens.

Kemenangan itu pastinya menjadi sejarah tersendiri bagi Inter apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Pia­la Itali buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

“Semua pemain menunjukkan aksi yang sangat menakjubkan pada perlawanan hari ini (semalam) kerana bermain me­ngikut taktikal. Kami menunggu masa tepat untuk melancarkan serangan ke arah pintu gol lawan.

“Sudah tentu kami mahu memenangi perlawanan derbi se­perti ini dan melangkah ke perlawanan akhir. Berdasarkan apa yang kami tampilkan, saya fikir Inter layak untuk ke pentas final,” kata Inzaghi.

Selepas memenangi Piala Super Itali sebelum ini, Inzaghi berharap anak-anak buahnya mampu meneruskan rentak kemenangan memandangkan mereka berdepan aksi tidak menentu pada Februari dan Mac lalu.

“Kami sudah memenangi satu trofi sebelum ini, jadi saya harap Inter boleh kekalkan rentak terbaik. Semua pemain perlu lupakan aksi mengecewakan sebelum ini dan teruskan permainan se­perti sekarang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI