fbpx

Penjawat awam di Kelantan dapat bantuan raya RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga meluluskan bantuan sebanyak RM500 kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim Parlimen termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN), pegawai dan guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras Teknologi Maklumat DUN serta Penyelaras Armalah.

Menurutnya, selain itu, bantuan sebanyak RM250 turut diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru Pusat Pembangunan Wanita Kelantan.

“Setiap guru pondok di Kelantan juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500. Bantuan ini akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai Hari Pelepasan Am atau Cuti Peristiwa bagi negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI