fbpx

Soal anak, Lee Hyori putus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYORI

PENYANYI Lee Hyori baru-baru ini meluahkan perasaan yang sudah lama tersimpan berhubung impian untuk memiliki seorang anak.

Perkara tersebut dikongsikan ketika menjawab pertanyaan hos mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata secara langsung menerusi program Seoul Check.

Hyori berkata, dia berdepan dengan cabaran kesukaran untuk hamil walaupun keinginan menjadi seorang ibu sangat kuat.

“Saya mahu dan sudah lama impikan kehadiran anak, tetapi perkara itu tidaklah semudah seperti yang dilihat.

“Saya sukar hamil mungkin disebabkan faktor usia yang semakin meningkat,” katanya menahan sebak.

Dalam temu bual santai itu juga, Hyori menasihati hos yang juga kawan baiknya dan penonton untuk berkahwin awal sekiranya mahu memiliki anak.

“Jika anda berfikir untuk ada anak, saya sarankan anda berkahwin lebih awal,” pesannya.

Melihat jawapan pilu Hyori, peminat meninggalkan komen dengan memberikan semangat agar Hyori tidak sesekali berputus asa.

Hyori yang kini berusia 42 tahun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lee Sang-soon pada 1 September 2013 di Pulau Jeju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI