fbpx

Dua penyelia Rela direman kes buat tuntutan penugasan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan penugasan palsu.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Dua penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan palsu penugasan beberapa anggota Rela lain keseluruhan berjumlah RM25,632 pada 2021.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 dan 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Intan Syafinaz Ros’lin di Mahkamah Khas Trafik Seremban di sini hari ini.

Intan Syafinaz membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan reman ke atas mereka bermula hari ini sehingga 26 April depan.

Permohonan oleh SPRM dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengemukakan Borang Tuntutan Elaun Penugasan Rela bagi tahun 2021, walhal beberapa anggota Rela itu tidak hadir bertugas di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Baru Enstek, Nilai di sini seperti mana dalam tuntutan elaun berkenaan.

Sumber berkata, mereka telah ditahan pada pukul 2 petang semalam ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI