fbpx

[VIDEO] 6 warga asing lolos diri mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian etnik Rohingya yang meloloskan diri dari depoh tahanan ditahan di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Seberang Perai pada Rabu lalu.

SEBERANG PERAI – Seramai enam warga asing termasuk dua kanak-kanak yang cuba menyeberangi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 165 dekat Nibong Tebal di sini maut dilanggar kenderaan ketika usaha melarikan diri pagi tadi.

Mereka terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang terbunuh di lokasi kira-kira pukul 6.50 pagi.

Kejadian berlaku ketika mereka bersama 229 etnik Rohingya yang lain cuba menyeberangi lebuh raya itu selepas meloloskan diri dari Depoh Tahanan Relau, Bandar Baharu di Kulim, Kedah kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kumpulan warga asing berkenaan kemudiannya tidak lagi berani melintas lebuh raya sejurus kejadian dan hanya menyelusuri bahu lebuh raya tanpa arah tuju.

“Kita kemudian berjaya menahan 229 di KM168 yang turut dibantu oleh sekumpulan anak muda yang menjejaki mereka.

“Orang kampung juga berjaya menahan 88 daripada mereka sebelum diserahkan kepada pihak imigresen,” katanya pada sidang akhbar di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan seramai 528 daripada 663 warga asing di depoh berkenaan telah meloloskan diri.

“Ketika ini, kita buru 205 lagi mereka dan memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai diperlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI