fbpx

Bumbung rumah terbang, juadah berbuka dipenuhi air hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (kanan) sambil mendukung cucunya menunjukkan keadaan bumbung bilik yang diterbangkan angin kencang kepada Mohd. Sobri di kediamannya di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – ‘Habis semua juadah berbuka puasa kami anak beranak dipenuhi air yang tiba-tiba menitis dari siling ruang tamu’.

Demikian luahan seorang ibu tunggal, Nora Nordin, 46, sebelum dia menyedari bumbung di bilik atas kediaman dua tingkat itu diterbangkan angin kencang di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar di sini kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Cerita Nora, semasa kejadian dia bersama seorang anak lelaki berusia 14 tahun dan cucu perempuan berumur tiga tahun ketika itu sedang berbuka puasa di ruang tamu bahagian bawah rumah separa kayu tersebut.

“Semasa itu hujan sangat lebat dan kami tidak menyangka bunyi kuat seperti dipanah petir rupanya adalah bumbung rumah yang tercabut akibat diterbang angin kuat.

“Kami sebelum itu terkejut apabila melihat air tiba-tiba terjatuh dari siling di ruang tamu lalu masuk ke dalam pinggan nasi kami. Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak tinggal di rumah milik bapa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Batu Laut, Mohd. Sobri Hamid.

Sementara itu, kejadian ribut di daerah ini turut menyebabkan dua buah kediaman di Jalan Sepakat dan Kampung Masjid turut ditimpa pokok. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI