fbpx

Kafe hanya untuk penulis di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan The Manuscript Writing Café yang dibina di kejiranan Koenji, Tokyo. - Takuya Kawai/Twitter

TOKYO – Sebuah kafe penulisan manuskrip yang baru dibina di Jepun hanya memberi layanan kepada penulis yang bergelut untuk memenuhi tarikh akhir mereka, lapor laman Oddity Central kelmarin.

The Manuscript Writing Café yang dibina di kejiranan Koenji, Tokyo menawarkan servis motivasi dan bantuan yang diperlukan bagi memastikan penulis daripada pelbagai bidang penulisan, memenuhi tarikh akhir tersebut. 

“The Manuscript Writing Café hanya membenarkan mereka yang mempunyai tarikh akhir menulis untuk masuk.

“Ia bertujuan mengekalkan tahap tumpuan dan suasana yang tegang di kafe. Terima kasih kerana memahami,’’ demikian ciapan pemiliknya di laman Twitter, Takuya Kawai.

Kafe yang baru sahaja dibuka beberapa hari lalu itu mengenakan bayaran kepada pelanggan mengikut masa yang mereka gunakan pada kadar 150 yen (RM5) bagi setiap 30 minit. 

Ia dilengkapi dengan port USB, tempat duduk berkomputer dan WI-FI percuma. Penulis juga dibenarkan membawa makanan dan minuman mereka sendiri atau membuat pesanan untuk dihantar ke sana memandangkan hanya kopi dan air ditawarkan. 

Apabila masuk, penulis perlu merekodkan jumlah perkataan yang dirancang untuk ditulis pada masa yang mereka anggarkan di meja penyambut tetamu.

Pasa setiap jam, seorang kakitangan akan datang untuk menyemak penulisan mereka dan menggunakan tahap tekanan yang ditetapkan untuk membantu penulis.

Bagaimanapun, penulis tidak dibenarkan beredar sehingga mencapai matlamat yang direkodkan atau mereka perlu menulis sehingga kafe itu ditutup. Ia bertujuan untuk menghalang pelanggan daripada menetapkan sasaran yang tidak mampu mereka capai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI