fbpx

JIM tumpaskan sindiket penipuan RTK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee Daud

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) selepas menahan empat lelaki dalam serbuan pada 15 April lalu.

Serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki tempatan dan tiga warga asing berusia antara 20 hingga 47 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya turut merampas sejumlah 264 naskah pasport pelbagai negara seperti Bangladesh, Indonesia dan India.

Beliau berkata, turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM7,270 dipercayai sebahagian hasil kutipan transaksi harian dari aktiviti berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, sindiket menjadikan premis syarikat pelancongan sebagai lokasi pendaftaran, pengumpulan pasport dan penerimaan bayaran dari warga asing untuk menyertai Program RTK.

“Sindiket juga didapati menjalankan aktiviti menyerupai syarikat ‘outsourcing’ yang telah dimansuhkan dengan menggunakan beberapa syarikat tidak aktif (dormant) untuk mendapatkan kuota pekerja asing di bawah Program RTK,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,500 hingga RM8,000 seorang bagi mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pelbagai sektor melalui program berkenaan.

Khairul Dzaimee berkata, berdasarkan jumlah pasport dan tempoh beroperasi, sindiket ini dipercayai berjaya mengaut keuntungan mencecah RM2 juta melalui caj yang dikenakan ke atas pekerja asing, syarikat atau individu yang menjadi pelanggan mereka.

Menurutnya, kesemua tahanan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI