fbpx

Syarul Azman prospek pingat emas di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKE @ SYARUL AZMAN

JAGUH bina badan negara, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah menjadi sandaran utama Persekutuan Bina Badan Malaysia (PPBM) untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam bulan depan.

Penolong jurulatih skuad bina badan negara, Riduan Anan percaya Syarul yang lebih mesra disapa Mike, mempu­nyai keupayaan untuk merea­lisasikan impian itu berdasarkan pencapaian hebatnya di pentas antarabangsa.

“Tiga edisi Sukan SEA bina badan tidak dipertandingkan sejak di Myanmar pada 2013. Kali ini, kita ambil bahagian dalam semua acara iaitu Men’s Athletics Physique, bina badan lelaki, bina badan wanita dan mixed pair.

“Sandaran emas sudah pasti kepada Mike. Kita juga jangkakan dua perak dan tiga gangsa daripada sembilan lagi atlet kita yang terpilih ke Vietnam.

“Bonus buat kami sekiranya dapat lebih. Kami tidak berani sasar lebih kerana sukar menjangka prestasi atlet negara lain selepas tiada pertandingan dalam dua tahun kebelakangan ini,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

Sementara itu, Syarul yang pernah menjuarai empat gela­ran Mr. Universe dan Mr. Asia sebanyak lima kali, bertekad untuk memberikan persembahan terbaik pada penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.

Bagaimanapun, Syarul tetap merasakan kesukaran kerana acara Men’s Athletics Physique kali ini dianjurkan dalam kate­gori terbuka, sekali gus memberikan peluang sama rata kepada semua pencabarnya.

“Saingan nanti pastinya sukar dengan cabaran akan datang daripada Vietnam dan Thailand. Sasaran utama saya pingat emas dan saya akan cuba sedaya upaya walaupun kategori saya terbuka,” jelas nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI